Komponen Enjin 4 Lejang Dan 2 Lejang
i) Enjin 4 lejang
a. Pengenalan:
Enjin 4 lejang menghasilkan kuasa dengan empat kali pergerakan omboh ke atas dan kebawah dalam setiap selinder. 5 komponen utama terdapat dalam enjin 4 lejang iaitu silender, omboh, rod penghujung, aci engkol dan rod tenaga.
b. Komponen utama dalam enjin 4 lejang:
b (i). Silinder
Silinder adalah sebuah tuangan bulat dibuka pada bahagian hujung engkol lain oleh kepala selinder. Di sekeliling selinder terdapat jaket penyejuk air , fungsi penyejuk air adalah untuk menyejukkan enjin. Silinder diperbuat daripada besi tuang atau logam campuran aluminium. Fungsi silinder adalah sebagai tempat pembakaran berlaku,
b(ii). Rod penghubung
Rod penghubung adalah rod yang menyambungkan omboh dengan aci engkol. Rod penghubung berfungsi sebagai penghubungkan omboh dengan aci engkol dan pada masa yang sama menukarkan gerakan salingan omboh kepada putaran pada aci engkol.
b(iii.) Aci engkol
Aci-aci buka pintu. Aci engkol adalah aci utama enjin yang terdiri daripadapin engkol dan jaringan yang ditumpangkan pada kotak engkol melalui galas utama. Aci engkol diperbuat daripada keluli tempa. Hujung hadapan aci engkol dihubungkan kepada injap dan fungsinya untuk menggerakan pam air dalam sistem penyejukan. Hujung belakangnya disambungkan pada roda tenaga .
b(iv). Roda tenaga
Roda tenaga diperbuat daripada disk besi tuangan yang di hubungkan padahujung aci engkol. Ia berfungsi untuk melicinkan kelajuan enjin di antara lejang kuasa. Apabila daya pusingan dikenakan ke atas aci engkol, roda tenaga akan berputar dan menggerakankan tali sawat.
Omboh adalah komponen yang bergerak. Ia berbentuk silinder dan permukaan luar omboh boleh berbentuk rata cengkung dan cembung. Fungsi omboh adalah untuk memampatkan campuran minyak dan udara bagi menghasilkan kuasa.
ii) Enjin 2 lejang
a. Pengenalan
b. Komponen utama dalam enjin 2 lejang.
b(i). Omboh
Omboh adalah komponen yang bergerak. Ia berbentuk silinder dan permukaan luar omboh boleh berbentuk rata cengkung dan cembung. Fungsi omboh adalah untuk memampatkan campuran minyak dan udara bagi menghasilkan kuasa. Ia juga berfungsi mengawal kemasukan campuran bahan bakar dan pengeluaran hasil pembakaran.
b(ii). Silinder
Silinder adalah sebuah tuangan bulat dibuka pada bahagian hujung engkol lain oleh kepala selinder. Di sekeliling selinder terdapat jaket penyejuk air , fungsi penyejuk air adalah untuk menyejukkan enjin. Silinder diperbuat daripada besi tuang atau logam campuran aluminium. Fungsi silinder adalah sebagai tempat pembakaran berlaku.
b(iii). Rod penghubung
Rod penghubung adalah rod yang menyambungkan omboh dengan pemesong. Rod penghubung berfungsi sebagai penghubungkan omboh dengan pemesong bagi menghasilkan pergerakan komponen dalam enjin.
2(iv). Liang pindah
Liang pindah merupakan liang yang menyambungkan silinder dengan kotak enjin. Ia berfungsi memindahkan bahan bakar dari kotak enjin ke silinder untuk pembakaran.
2(v). Liang masukan
Liang masukan berfungsi menjadi laluan bahan bakar seperti minyak, pelincir dan udara memasuki kotak enjin.
vi. Liang ekzos
Liang yang menyambungkan silinder dengan ekzos. Ia berfungsi mebebaskan hasil pembakaran iaitu gas keluar dari kawasan pembakaran.
MOhon dijadikan bahan rujukan
ReplyDelete