clock

Sunday, 30 November 2014

Kelebihan dan Kelemahan Enjin 4 lejang Dan 2 Lejang

Kelebihan Dan Kelemahan Enjin 2 Lejang
Enjin dua lejang adalah ringkas, maka kos membaik pulih enjin dua lejang adalah lebih murah berbanding enjin empat lejang. Selain itu, prinsip pengendalian enjin dua lejang juga menjadikannya sesuai bagi penggunaan yang memerlukan enjin yang mudah alih dan ringan seperti gergaji rantai dan mesin rumput. Enjin dua lejang juga boleh menghasilkan kuasa hampir dua kali ganda saiz enjin empat lejang yang sama, misalnya motosikal Honda CBR 150 4 lejang hanya menghasilkan kuasa sebanyak 18.98 bhp tetapi motosikal Honda NSR 150 2 lejang pula menghasilkan kuasa sebanyak 38 bhp.
Sungguhpun demikian, penggunaan enjin dua lejang semakin berkurangan disebabkan keluaran gas ekzos enjin dua lejang yang kurang mesra alam berbanding enjin empat lejang. Faktor-faktor utama yang menyebabkan penghasilan gas-gas ekzos yang mencemar udara oleh enjin dua lejang ialah pembakaran minyak 2T serta proses ekzos yang menyebabkan sebahagian campuran udara-bahan api-pelincir yang tak terbakar turut disingkirkan, mengurangkan kecekapan enjin.
Langkah-langkah yang diambil bagi meningkatkan kecekapan enjin dua lejang adalah seperti berikut:-
  • Injap kuasa dua lejang - Injap kuasa melaras saiz bukaan liang ekzos bagi kuasa yang optimum serta meningkatkan kecekapan enjin. Pada putaran enjin rendah, injap kuasa mengecilkan bukaan ling ekzos bagi mengelakkan pembaziran bahan api dan pelincir serta meningkatkan kilasan peringkat bawahan. Pada putaran enjin tinggi pula, injap kuasa membesarkan bukaan liang ekzos untuk penyingkiran gas ekzos yang lebih lawas, meningkatkan kuasa enjin.
  • Kebuk pengembangan - Kebuk pengembangan adalah ruangan pada paip ekzos enjin 2 lejang yang membonjol. Fungsinya adalah untuk meningkatkan kecekapan enjin melalui balikan gelombang tekanan gas ekzos.
  • Suntikan terus - Di dalam sesetengah enjin petrol dua lejang, minyak petrol disuntik secara terus ke dalam kebuk pembakaran manakala minyak enjin dua lejang disuntuk secara terus ke bahagian bergerak di dalam enjin seperti galas aci engkol. Melalui suntikan terus, penghasilan gas ekzos tercemar disebabkan pembakaran minyak enjin dua lejang dapat dikurangkan.
  • Penukar bermangkin - Penukar bermangkin dipasang bagi mengurangkan penghasilan gas-gas toksik yang mencemarkan udara di dalam gas ekzos

Kelebihan Dan Kelemahan Enjin 4 Lejang

Kitaran kuasa terdiri daripada mampatan adiabatik, penambahan haba seisipadu, pengembangan adiabatik serta penyingkiran haba seisipadu, diwakili dengan perwatakan empat lejang, atau gerakan naik-turun omboh di dalam silinder:
  1. Lejang masukan - Injap masukan terbuka. Omboh bergerak ke bawah dan menyedut campuran udara-bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel) ke dalam kebuk pembakaran.
  2. Lejang mampatan - Kesemua injap masukan dan ekzos tertutup. Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel). Pada penghujung lejang mampatan, palam pencucuh dinyalakan bagi membakar campuran udara-bahan api tetapi dalam enjin Diesel, minyak diesel disuntik ke dalam silinder pada penghujung lejang mampatan.
  3. Lejang kuasa - Campuran udara-bahan api terbakar disebabkan pembakaran oleh bunga api palam pencucuh (bagi enjin petrol) atau suhu tinggi akibat mampatan udara sehingga minyak diesel terbakar sendiri (bagi enjin diesel). Pembakaran campuran tersebut menyebabkan gas-gas terbakar di dalam kebuk pembakaran mengembang dan seterusnya menolak omboh ke bawah, menghasilkan kuasa kepada enjin.
  4. Lejang ekzos - Injap ekzos terbuka. Omboh bergerak ke atas dan menyingkirkan gas-gas ekzos keluar dari kebuk pembakaran.

No comments:

Post a Comment