clock

Sunday, 7 December 2014

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN ( SEKSYEN 9 )

                                               NAMA AHLI KUMPULAN

        Sistem Pengoperasian Enjin 4 Lejang dan 2 Lejang





            IZUAN AIMAN BIN ISMAIL
            DB130180
            (KETUA KUMPULAN)









          SUHAMI BIN MOHAMED SHAH
          DB130053
           (PENULIS BLOG)



     






         
          MOHD.NAJIB BIN PUASA
          DB130060
          (PENULIS BLOG)
                              









                                              
          AHMAD MUZZAKIR HISYAM BIN DAHLAN
          DB130173
          (PENULIS BLOG)




Friday, 5 December 2014

Perbezaan Enjin 4 lejang Dengan Enjin 2 Lejang

  Enjin 2 Lejang


-Satu silinder


-Proses kitaran Enjin 2 lejang :

1.Masukan dan mampatan untuk proses pertama berlaku serentak

2. Kuasa dan ekzos untuk proses yang kedua berlaku serentak



-Tiada bukaan di bahagian tepi enjin kerana enjin 2 lejang tiada injap

-Tidak mempunyai batang celup pada kotak engkol kerana enjin 2 lejang tiada takungan minyak pelincir.

-Mempunyai 3 tiang iaitu tiang masuk, tiang ekzos dan tiang pindah


-Omboh mempunyai pemesong


-Kitaran lengkap aci engkol berpusing sekali





                                                             Enjin 4 Lejang


-Satu silinder

-Proses kitaran 4 lejang iaitu :


1. masukan

2. mampatan

3. kuasa

4.ekzos


-Tidak berlaku serentak untuk setiap proses

-Terdapat dua jenis kedudukan injap, iaitu injap atas dan injap ditepi di mana bagi enjin yang mempunyai injap ditepi terdapat satu bukaan dibahagian tepi enjin untuk mengeluarkan injap

-Batang celup di bahagian kotak engkol

-Mempunyai dua saluran iaitu saluran masuk dan ekzos

-Omboh tiada pemesong

-Kitaran lengkap aci engkol berpusing dua kali

Thursday, 4 December 2014

Sistem Piawaian Enjin

Piawaian emisi Eropah menetapkan had yang boleh diterima bagi pengeluaran asap ekzos kenderaan kenderaan baru yang dijual di negara-negara ahli Kesatuan EropahPiawaian emisi ini ditakrifkan dalam satu siri arahan Kesatuan Eropah dengan pengenalan progresif bagi piawaian yang semakin ketat secara berperingkat-peringkat.
Buat masa sekarang, pengeluaran gas nitrogen oksida (NOx), jumlah hidrokarbon (THC), hidrokarbon bukan metana (NMHC), karbon monoksida (CO) dan partikel halus (PM) dikawal bagi kebanyakan jenis kenderaan bermotor seperti keretamotosikalbaslorikereta apitraktor dsb., tetapi tidak termasuk kapal laut dan kapal terbang. Bagi setiap jenis kenderaan, piawaian berbeza dikenakan. Pematuhan ditentukan dengan menjalankan enjin semasa kitar ujian. Kenderaan yang tidak lulus piawaian tidak dibenarkan untuk dijual di Kesatuan Eropah, tetapi piawaian baharu tidak dikenakan kepada kenderaan sedia ada di jalan raya. Tiada penggunaan teknologi khusus yang diwajibkan untuk memenuhi piawaian, walaupun teknologi sedia ada dipertimbangkan semasa merangka piawaian. Model baharu yang diperkenalkan mestilah lulus piawaian semasa atau yang sedang dirancang, tetapi rujukan model dengan kitar hayat pendek boleh terus ditawarkan dengan enjin pra-lulus.


Carta dipermudah menunjukkan tahap kemajuan piawaian emisi Eropah bagi kereta diesel.

Fungsi Enjin

Fungsi Enjin 4 Lejang
jenis  enjin pembakaran dalaman  yang paling lazim digunakan pada kenderaan seperti keretabaslori dan motosikal adalah enjin empat lejang, sama ada enjin petrol ataupun enjin Diesel. Satu lejang merujuk kepada gerakan omboh dari titik tetap atas ke titik tetap bawah atau sebaliknya; maka enjin empat lejang mendapat namanya daripada empat lejang yang masing-masing menjalankan satu fungsi khas iaitu masukan, mampatan, perolehan kuasa dan penyingkiran gas ekzos.

Fungsi Enjin 2 Lejang
 
Enjin dua lejang mempunyai prinsip pengendalian yang berbeza daripada enjin empat lejang iaitu enjin dua lejang melengkapkan keempat-empat proses (masukan, mampatan, kuasa dan ekzos) yang dilakukan pada enjin empat lejang dalam setiap dua lejang, ataupun setiap satu putaran enjin sahaja. Ia dilakukan dengan menggunakan bahagian permulaan lejang mampatan bagi melaksanakan fungsi lejang masukan dan ekzos secara serentak. Dengan ini, enjin dua lejang menghasilkan kuasa spesifik yang lebih tinggi, menjadikannya sesuai bagi kerja-kerja ringan dan mudah alih seperti gergaji rantai sehinggalah kepada penggunaan berskala besar seperti lokomotif kereta api.

Sunday, 30 November 2014

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL


Fungsi Komponen Di dalam Enjin

1. Palam pencucuh
Palam pencucuh akan menghasilkan bunga api untuk membakar campuran minyak dan udara. Palam pencucuh mestilah sentiasa dalam keadaan baik bagi menghasilkan pembakaran yang sempurna.



2. Injap (Valve)

Injap masukan akan terbuka semasa capuran minyak dan udara masuk kerunag pembakaran, manakala injap ekzos akan tertutup. Kedua-dua injap tersebut akan tertutup semasa proses mampatan dan pembakaran berlaku diruang pembakaran. Injap ekzos akan terbuka setelah pembakaran selesai bertujuan untuk membuang asap melalui ekzos.

3. Piston
Piston berbentuk silinder yang diperbuat dari besi tuang. Ia akan bergerak ke atas dan kebawah di dalam bongkah enjin. 

4. Piston ring
Piston ring berfungsi sebagai pelindung geseran antara piston dan silinder. 
Fungsi ring ialah :
•Mengelakkan kemasukan campuran minyak dan udara keruang 
pembakaran semasa proses mampatan dan pembakaran berlaku.

•Mengelakkan kemasukan minyak enjin ke ruang mampatan, yang mana ia boleh menyebabkan minyak enjin tersebut berkurang. Kebanyakkan minyak enjin keteta akan berkurangan dan perlu ditambah setiap 1000 kilometer, kerana enjin kereta telah lama dan piston ring tidak dapat menutup dengan sempurna.

5. Rod penghubung
Rod penghubung akan menyambungkan antara rod dengan aci engkol. Pergerakkan aci engkol akan menyebabkan piston bergerak ke atas dan kebawah. 

6. Aci engkol
Aci engkol akan menggerakkan piston ke atas dan ke bawah dalam gerakan yang sekata.

7. Aci sesondol
Aci sesondol merupakan peralatan yang digunakan pada enjin omboh untuk membuka dan menutup injap. Ia terdiri daripada rod silinder yang merentasi enjin dengan beberapa sesondol berbentuk lonjong, satu untuk setiap injap. Sesondol membuka injap dengan menolaknya ataupun menggunakan mekanisme perantaraan, sambil ia berputar.

8. Pengaut
Pengaut berada di bahagian paling bawah enjin. Ia akan mengaut minyak enjin yang berada dalam takungan minyak, serta membasahkan seluruh bahagian aci engkol, rod penghubung serta piston. Minyak ini akan mengurangkan geseran serta dapat memanjangkan jangka hayat bahagian-bahagian enjin.

Komponen Utama Enjin 4 Lejang dan 2 Lejang






Komponen Enjin 4 Lejang Dan 2 Lejang



i) Enjin 4 lejang


a. Pengenalan:


Enjin 4 lejang menghasilkan kuasa dengan empat kali pergerakan omboh ke atas dan kebawah dalam setiap selinder. 5 komponen utama terdapat dalam enjin 4 lejang iaitu silender, omboh, rod penghujung, aci engkol dan rod tenaga.



b. Komponen utama dalam enjin 4 lejang:


b (i). Silinder


Silinder adalah sebuah tuangan bulat dibuka pada bahagian hujung engkol lain oleh kepala selinder. Di sekeliling selinder terdapat jaket penyejuk air , fungsi penyejuk air adalah untuk menyejukkan enjin. Silinder diperbuat daripada besi tuang atau logam campuran aluminium. Fungsi silinder adalah sebagai tempat pembakaran berlaku,


b(ii). Rod penghubung

Rod penghubung adalah rod yang menyambungkan omboh dengan aci engkol. Rod penghubung berfungsi sebagai penghubungkan omboh dengan aci engkol dan pada masa yang sama menukarkan gerakan salingan omboh kepada putaran pada aci engkol.



b(iii.) Aci engkol





Aci-aci buka pintu. Aci engkol adalah aci utama enjin yang terdiri daripadapin engkol dan jaringan yang ditumpangkan pada kotak engkol melalui galas utama. Aci engkol diperbuat daripada keluli tempa. Hujung hadapan aci engkol dihubungkan kepada injap dan fungsinya untuk menggerakan pam air dalam sistem penyejukan. Hujung belakangnya disambungkan pada roda tenaga .


b(iv). Roda tenaga 




Roda tenaga diperbuat daripada disk besi tuangan yang di hubungkan padahujung aci engkol. Ia berfungsi untuk melicinkan kelajuan enjin di antara lejang kuasa. Apabila daya pusingan dikenakan ke atas aci engkol, roda tenaga akan berputar dan menggerakankan tali sawat.

b(v). Omboh

Omboh adalah komponen yang bergerak. Ia berbentuk silinder dan permukaan luar omboh boleh berbentuk rata cengkung dan cembung. Fungsi omboh adalah untuk memampatkan campuran minyak dan udara bagi menghasilkan kuasa.




ii) Enjin 2 lejang


a. Pengenalan

Enjin 2 lejang adalah enjin yang menghasilkan kuasa melalui 2 kali pergerakan omboh ke atas dan ke bawah untuk melengkapkan 1 kitaran dalam silinder.
b. Komponen utama dalam enjin 2 lejang.





b(i). Omboh

Omboh adalah komponen yang bergerak. Ia berbentuk silinder dan permukaan luar omboh boleh berbentuk rata cengkung dan cembung. Fungsi omboh adalah untuk memampatkan campuran minyak dan udara bagi menghasilkan kuasa. Ia juga berfungsi mengawal kemasukan campuran bahan bakar dan pengeluaran hasil pembakaran.


b(ii). Silinder


Silinder adalah sebuah tuangan bulat dibuka pada bahagian hujung engkol lain oleh kepala selinder. Di sekeliling selinder terdapat jaket penyejuk air , fungsi penyejuk air adalah untuk menyejukkan enjin. Silinder diperbuat daripada besi tuang atau logam campuran aluminium. Fungsi silinder adalah sebagai tempat pembakaran berlaku.



b(iii). Rod penghubung


Rod penghubung adalah rod yang menyambungkan omboh dengan pemesong. Rod penghubung berfungsi sebagai penghubungkan omboh dengan pemesong bagi menghasilkan pergerakan komponen dalam enjin.

2(iv). Liang pindah


Liang pindah merupakan liang yang menyambungkan silinder dengan kotak enjin. Ia berfungsi memindahkan bahan bakar dari kotak enjin ke silinder untuk pembakaran.


2(v). Liang masukan



Liang masukan berfungsi menjadi laluan bahan bakar seperti minyak, pelincir dan udara memasuki kotak enjin.
vi. Liang ekzos


Liang yang menyambungkan silinder dengan ekzos. Ia berfungsi mebebaskan hasil pembakaran iaitu gas keluar dari kawasan pembakaran.