clock

Sunday, 2 November 2014

SISTEM 2 LEJANG & 4 LEJANG





Enjin 2 Lejang  



      Enjin dua lejang mempunyai prinsip pengendalian yang berbeza daripada enjin empat lejang iaitu enjin dua lejang melengkapkan keempat-empat proses (masukan, mampatan, kuasa dan ekzos) yang dilakukan pada enjin empat lejang dalam setiap dua lejang, ataupun setiap satu putaran enjin sahaja. Ia dilakukan dengan menggunakan bahagian permulaan lejang mampatan bagi melaksanakan fungsi lejang masukan dan ekzos secara serentak. Dengan ini, enjin dua lejang menghasilkan kuasa spesifik yang lebih tinggi, menjadikannya sesuai bagi kerja-kerja ringan dan mudah alih seperti gergaji rantai sehinggalah kepada penggunaan berskala besar seperti lokomotif kereta api.  Dari segi pelinciran, enjin petrol dua lejang memerlukan minyak pelincir khas yang boleh terbakar, dikenali sebagai minyak 2T disebabkan operasi kitar dua lejang turut melibatkan ruangan dalam kotak engkol, tidak seperti kotak engkol enjin empat lejang yang terasing sepenuhnya daripada kebuk pembakaran. Pembakaran minyak 2T ini merupakan satu penyebab utama kepadapencemaran yang dihasilkan oleh enjin petrol dua lejang.




Enjin dua lejang beroperasi dengan hanya dua lejang, berbanding empat lejang bagi enjin kitar otto :




  • Masukan/mampatan - Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api-pelincir. Gerakan omboh ke atas menyebabkan tekanan udara di dalam kotak engkol menjadi rendah, membolehkan campuran udara-bahan api-pelincir dari karburetor masuk ke dalam kotak engkol melalui satu injap dedaun. Campuran udara-bahan api-pelincir termampat dibakar, dan kitar dua lejang berulang.

  • Kuasa/ekzos - Peringkat ini bermula sebaik sahaja campuran udara-bahan api terbakar, menyebabkan gas pengembangan mengembang dan memaksa omboh turun ke bawah, menghasilkan kuasa pada enjin. Gerakan omboh ke bawah juga memampatkan campuran udara-bahan api-pelincir, maka apabila omboh terus bergerak ke bawah sehingga membuka liang masukan dan liang ekzos, gerakan omboh ke bawah memaksa campuran udara-bahan api-pelincir yang segar masuk ke dalam kebuk pembakaran dan memaksa gas ekzos keluar.



    Pergerakan Enjin 2 Lejang

    Enjin 4 Lejang



       Enjin 4 Lejang hari ini jenis enjin pembakaran dalaman yang paling lazim digunakan pada kenderaan seperti kereta, baslori dan motosikal adalah enjin empat lejang, sama ada enjin petrol ataupun enjin Diesel. Satu lejang merujuk kepada gerakan omboh dari titik tetap atas ke titik tetap bawah atau sebaliknya; maka enjin empat lejang mendapat namanya daripada empat lejang yang masing-masing menjalankan satu fungsi khas iaitu masukan, mampatan, perolehan kuasa dan penyingkiran gas ekzos.
        Enjin empat lejang yang juga dikenali sebagai enjin kitar Otto mula dipatenkan oleh Eric B. Davidson dan Felice Matteucci pada 1854 diikuti dengan prototaip pertama pada tahun 1860. Ia juga dikonsepkan oleh jurutera Perancis, Alphonse Beau de Rochas pada tahun 1862 dan secara bebas, oleh jurutera Jerman Nicolaus Otto pada 1876.

         Kitaran kuasa terdiri daripada mampatan adiabatik, penambahan haba seisipadu, pengembangan adiabatik serta penyingkiran haba seisipadu, diwakili dengan perwatakan empat lejang, atau gerakan naik-turun omboh di dalam silinder:


    1. Lejang MasukanInjap masukan terbuka. Omboh bergerak ke bawah dan menyedut campuran udara-bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel) ke dalam kebuk pembakaran.


    2. Lejang mampatan - Kesemua injap masukan dan ekzos tertutup. Omboh bergerak ke atas dan   memampatkan campuran udara-bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel). Pada penghujung lejang mampatan, palam pencucuh dinyalakan bagi membakar campuran udara-bahan api tetapi dalam enjin Diesel, minyak diesel disuntik ke dalam silinder pada penghujung lejang mampatan.


    3. Lejang kuasa - Campuran udara-bahan api terbakar disebabkan pembakaran oleh bunga api palam pencucuh (bagi enjin petrol) atau suhu tinggi akibat mampatan udara sehingga minyak diesel terbakar sendiri (bagi enjin diesel). Pembakaran campuran tersebut menyebabkan gas-gas terbakar di dalam kebuk pembakaran mengembang dan seterusnya menolak omboh ke bawah, menghasilkan kuasa kepada enjin.

    4 . Lejang ekzos - Injap ekzos terbuka. Omboh bergerak ke atas dan menyingkirkan gas-gas ekzos keluar dari kebuk pembakaran.

    Lejang Masukan

    Lejang Mampatan

    Lejang Kuasa

    Lejang Ekzos

     Pergerakan Enjin 4 Lejang








    Perbezaan Enjin 2 Lejang & 4 Lejang
    Enjin 2 Lejang


    -Proses kitaran



    1.Masukan dan mampatan untuk proses pertama berlaku serentak

    2. Kuasa dan ekzos untuk proses yang kedua berlaku serentak

    3.Tiada bukaan di bahagian tepi enjin kerana enjin 2 lejang tiada injap

    4.Tidak mempunyai batang celup pada kotak engkol kerana enjin 2 lejang tiada             takungan minyak pelincir.

    5.Mempunyai 3 tiang iaitu tiang masuk, tiang ekzos dan tiang pindah
    6.Omboh mempunyai pemesong
    7.Kitaran lengkap aci engkol berpusing sekali


    Enjin 4 Lejang


    -Proses kitaran




    1. masukan

    2. mampatan

    3. kuasa

    4. ekzos



    1.Tidak berlaku serentak untuk setiap proses
    2.Terdapat dua jenis kedudukan injap, iaitu injap atas dan injap ditepi di mana bagi     enjin yang mempunyai injap ditepi terdapat satu bukaan dibahagian tepi enjin untuk   mengeluarkan injap
    3.Batang celup di bahagian kotak engkol

    4.Mempunyai dua saluran iaitu saluran masuk dan ekzos

    5.Omboh tiada pemesong

    6.Kitaran lengkap aci engkol berpusing dua kali





1 comment: